Pengiraan
Mental dan Penganggaran
Pengenalan
Teknik pengiraan
mental atau congak dan pengganggaran adalah kompenan penting dalam matematik.
Misalnya seorang ahli biologi yang mengkaji tentang penguin ingin menganggar populasi
penguin. Maka, teknik pengiraan mental
dan pengganggaran nilai tempat diperlukan
untuk kajian masalah ini. Pengiraan
mental dan penganggaran memerlukan
kefahaman mendalam tentang nombor, penguasaan fakta asas, celik nombor , dan
berupaya untuk menaakul. Bab ini akan menjelaskan teknik pengiraan mental dan
penganggaran. Di samping itu prosedur kertas-dan-pensil untuk operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi nombor bulat turut dibincangkan.
Apa itu Pengiraan Mental?
Kita
sering mendengar orang berkata, “I just did it in my head,” apabila menceritakan
bagiamana pengiraan dilakukan. Inilah yang disebut pengiraan mental. Proses memikir
ini terjadi dengan bantuan mengira, ide numerasi dan ciri- ciri asas nombor.
Dalam erti kata lain, pengiraan mental ialah satu proses
mendapatkan jawapan tepat dengan hanya berfikir tanpa menggunakan pensil,
kertas, kalkulator atau sebarang bantuan alat mengira.
Kebanyakan
orang sedar dan tahu prosedur menggunakan pensil dan kertas untuk mengira
tetapi tidak mengetahui apakah prosedur untuk melakukan pengiraan mental. Aktiviti
Seksyen ini menunjukkan tidak semua orang menggunakan teknik yang sama untuk
membuat sesuatu pengiraan dan kadangkala jika mereka menggunakan teknik yang sama, caranya akan
berbeza.
Strategi
dan Prosedur Pengiraan Mental
Kepentingan seksyen ini
- Sifat komutatif, asosiatif dan distributif nombor membolehkannya untuk disusun dan dicerakinkan supaya mudah dikira secara mental.
- Nombor dan ungkapan boleh diwakilkan dalam persamaan yang setara membolehkan pengiraan nombor mudah dikira secara mental.
Dalam
bahagian ini, kita akan terangkan enam
(6) teknik pengiraan mental. Begitu juga akan melihat kepentingan untuk memahami numerasi dan
penguasaan fakta asas. Aktiviti ini akan membantu anda mengenalpasti teknik
pengiraan mental yang telah digunakan dan menunjukkan ada lebih daripada satu
cara untuk mengira secara mental.
Menggunakan Penaakulan Matematik. Terangkan tentang pemikiran anda untuk
mendapatkan setiap jawapan. Gunakan pengiraan mental untuk
menyelesaikan soalan di bawah.
a. 1877 + 30
b. 8 X 24
c. 6 X 31 X 5
d. 775 - 38
a. 1877 + 30
b. 8 X 24
c. 6 X 31 X 5
d. 775 - 38
Teknik
Pengiraan Mental
Kefahaman mengenai beberapa teknik khusus
untuk pengiraan mental boleh membantu kita menyelesaikan masalah matematik
dengan cekap dan tepat. Teknik- teknik yang dibina dalam seksyen ini adalah
teknik yang biasa digunakan dalam pengiraan mental.
a) Prosedur Untuk Menggunakan
Teknik Membilang Secara Menaik Dan
Membilang Menurun
Teknik membilang adalah kaedah yang
cekap untuk menambah jika addends ialah 1, 2, 3; 10, 20, 30; 100, 200, 300 dan
selanjutnya. Contohnya dalam pengiraan 45 + 30, mulakan dengan 45 dan bilang secara
menaik sebanyak 10 untuk mendapatkan hasiltambah: 45, 55, 65 75. Untuk
membilang secara menaik , mulakan dengan addend
yang lebih besar dan terus membilang secara menaik sehingga mendapat
jawapan.
Teknik membilang secara menurun merupakan
kaedah yang cekap apabila ditolak 1, 2, atau; 10, 20 atau 30 dan selanjutnya. Misalnya
87-2, mulakan dengan nombor yang lebih besar, 871 dan lakukan proses membilang secara
menurun: 871, 870, 869. Kesilapan
membilang biasanya berlaku apabila membilang lebih daripada tiga nombor.
Bila Kita Boleh Gunakan Teknik Ini?
Bila Kita Boleh Gunakan Teknik Ini?
Gunakan teknik ini jika satu nombor yang perlu ditambah atau ditolak ialah 1,2, atau 3, 10, 20, 30, atau 100, 200 atau 300 dan selanjutnya.
Bagaimana Menggunakan Teknik Ini?
1. Mulakan
dengan menyebut nombor yang besar
2. Bilang
secara menaik untuk menambah dan bilang secara menurun untuk menolak: 1, 2,
atau 3; 10, 20 atu 30; 100, 200 atau 300 dan selanjutnya.
Contoh : Jumlah Hutang dan Perbelanjaan
1) Kad
kredit seseorang menunjukkan bahawa dia berhutang RM 8,800 untuk pinjaman kereta dan RM 3,100 secara kredit. Berapa jumlah hutangnya untuk kedua-dua item
ini?
2) Perbelanjaan semasa Karnival Kesihatan tahun lalu ialah
RM 1,155. Tahun ini Jawatankuasa berjaya
mengurangkan perbelanajaan sebanyak RM 200. Berapakah kos baru untuk perbelanjaan?
Penyelesaian
1) Cari 8800 + 3100. Pertama, tambahkan nilai
ribu. Mulakan dengan 8,800 dan bilang secara
menaik sebanyak 1,000 tiga kali: 8,800,
9,800, 10,800, 11,800. Jadi, 8800 + 3000 = 11800. Sekarang bermula dengan
11,800 dan bilang menaik 100: 11,800, 11,900. Jumlah hutang ialah $ 11.900.
2) Cari 1155-200. Mulakan dengan 1155 dan
bilang secara menurun sebanyak 100 dua kali iaitu: 1,155, 1,055, 955. Kos baru
untuk perbelanjaan ialah $ 955.
Latihan: Cari nilai yang tepat untuk setiap ungkapan
berikut dengan membilang secara menaik atau menurun.
Jelaskan proses yang digunakan dalam setiap kes.
Latihan: Cari nilai yang tepat untuk setiap ungkapan
berikut dengan membilang secara menaik atau menurun.
Jelaskan proses yang digunakan dalam setiap kes.
a) 286 + 30
b) 18200 + 2300
c) 962 – 3
c) 962 – 3
b) Memilih
Nombor yang Compatible
Kombinasi sesetengah nombor membuatkan
penambahan mudah dilakukan contohnya 25 and 175, juga mudah untuk didarab, contohnya 28 x 10. Nombor
yang mudah untuk dikira secara mental dinamakan nombor compatible. Teknik memilih Nombor yang Compatible memerlukan pemilihan pasangan nombor yang compatible untuk dioperasikan dan melibatkan fakta asas.Kebanyakan
orang boleh menambah dan menolak secara mental nombor- nombor gandaan 10 atau 100, contohnya
70 + 20 = 90, dan
boleh mendarab gandaan 10 dan 100, contohnya,
34 x 100 = 3400.
Kita mesti
membuat keputusan dalam memilih nombor yang compatible.
Prosedur untuk menggunakan Teknik Memilih Nombor Compatible
Bila Teknik ini Boleh Digunakan?
Gunakan teknik ini jika satu atau lebih pasangan nombor
boleh ditambah, tolak, darab atau bahagi; atau
Gunakan teknik ini jika nombor-
nnombor boleh digabungkan menjadi gandaan 10, 100, atau
nombor lain yang boleh memudahkan pengiraan.
Bagaimanakah menggunakan teknik ini?
1.
Carilah pasangan nombor yang boleh memudahkan pengiraan. Buat pengiraan ini
dahulu
2.
Carilah kombinasi nombor lain yang boleh dikira dengan mudah.
Contoh: Memilih
Nombor yang Compatible Numbers dalam
Pendaraban
Cari nombor yang compatible
untuk mencari nilai yang tepat bagi pengiraan
(2 x 8) x (5 x 7)
Penyelesaian
Pemikiran
Siti : Saya melihat bahawa 2 darab 5 sama dengan 10, dan mendarab nombor dengan
10 adalah mudah. Kemudian, 8 darab 7 adalah 56 dan 56 darab10 adalah 560. Hasildarabnya
ialah 560.
Pemikiran
Aisyah: Saya melihat bahawa 8 darab 5 adalah 40 dan 40 darab 2 adalah 80 dan 80
darab 7 adalah 560. Hasildarabnya ialah
560.
Latihan: Cari nombor yang compatible untuk mencari jawapan yang tepat bagi
ungkapan- ungkapan berikut:
a)
(25 x 9) x (11 x
4)
b) (5 x 15) x (20 x
3)
Contoh : Penyelesaian Masalah: Kos Basikal
Katakan anda ingin membeli sebuah basikal
racing baru untuk perlumbaan minggu
depan. Berapa banyak wang yang anda perlukan jika kosnya termasuklah
Basikal RM 715
Tax RM
67
Minyak Pelincir 15
Minyak Pelincir 15
Penyelesaian
Anda akan cari (715 + 67) + 15. Mulakan dengan 715 dan 15 yang mudah untuk ditambah secara
mental dan menghasilkan nombor lain yang mudah untuk digunakan : 715 + 15 =
730. Sekarang 730 dan 67 boleh ditambah secara mental dengan membilang secara
menaik pada nilai tempat puluh: 730 + 67 = 797. Anda perlukan RM 797.
Latihan :
Cari nombor yang compatible
untuk mencari jawapan bagi ungkapan- unglapan berikut . Jelaskan proses yang
anda gunakan.
a) 4 x 16 x 25
b) 63 + 18 + 27 + 12
c) 120 + 385 + 115 + 280
a) 4 x 16 x 25
b) 63 + 18 + 27 + 12
c) 120 + 385 + 115 + 280
Strategi dan Prosedur Untuk Penganggaran
Dalam seksyen
ini, terdapat empat teknik penganggaran yang akan kita perhatikan. Ini memerlukan kepada pemahaman numerasi dan pengetahuan tentang fakta-fakta asas. Seperti
juga teknik- teknik untuk pengiraan mental yang diterangkan dalam Seksyen 2.1, ini
juga melibatkan membuat keputusan samada anggaran itu boleh diterima untuk
situasi yang berkaitan dan teknik mana yang harus digunakan untuk dapatkan anggaran itu. Mini-Siasatan akan membantu anda berfikir
tentang teknik penganggaran yang sudah anda gunakan dan tunjukkan bahawa ada
lebih dari satu cara untuk menganggarkan sesuatu jawapan.
Kefahaman Penting dalam Seksyen ini
• Semua teknik penganggaran nombor melibatkan menukaran nombor dengan yang
paling hampir dan mudah unutk dikira secara
mental.
• Perkaitan dengan keadaan sebenarmenentukan sama ada jawapan yang tepat atau anggaran sahaja yang diperlukan untuk menyelesaikan
masalah.
Aktiviti Menggunakan
Penakulan Matematik
Anggarkan jawapan bagi ungkapan- ungkapan berikut:
Anggarkan jawapan bagi ungkapan- ungkapan berikut:
a. 478 + 223
b. 8 x 26
b. 8 x 26
c. 578 + 603
+ 614
+ 582
d. 36563 - 8180
No comments:
Post a Comment