Pendidikan
Matematik merupakan satu mata pelajaran wajib dari tadika sampai
sekolah menengah. Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti juga
banyak merangkumi unsur matematik. Setiap hari, kita menggunakan
matematik dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh lari
daripadanya sama ada kita suka ataupun tidak. Semasa membeli-belah,
kita menggunakan matematik. Semasa memasak di dapur, kita menggunakan
matematik juga.
Selain
daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana
hasil-hasil seni dilukis dan dibina. Lihat sahaja kepada bangunan
Petronas Twin Tower yang tersergam indah di ibu kota kita, Kuala Lumpur,
tanpa adanya matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteksnya yang
berkaliber. Memandangkan matematik sangat memainkan peranan dalam
kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan
siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah. Pekerjaan
yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerukan penguasaan
matematik yang tinggi. Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik
sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang
individu. Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu
komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya
seseorang individu.
Untuk
mengelakkan mata pelajaran pendidikan matematik menjadi sukar, boring,
dan membosankan, sebagai seorang guru pendidikan matematik yang
berkaliber, beliau haruslah mencipta suasanna pembelajaran menarik yang
menggalakkan budaya pemikiran matematik. Beliau juga haruslah mempunyai
semangat komited kepada pelajar. Guru haruslah menerapkan nilai
matematik dan perfahaman dalam kalangan pelajar supaya mereka lebih
menarik dengan mata pelajaran tersebut.
Sebagai
seorang pelajar, pelajar haruslah tidak takut akan matematik tetapi cuba
'berkawan' dengan matematik. Matematik tidak menakutkan. Hal ini
demikian kerana pelajar harus memahami konsep matematik seperti
mengetahui latar belakang kawan. Dont ever judge the book by its cover.
Sekiranya memahami kawan, pelajar akan mendapati bahawa kawan mereka
sebenarnya tidak menakutkan tetapi merupakan seorang kawan yang mesra.
Sebagai
kesimpulan, matematik amat mempengaruhi kehidupan seharian kita dari
zaman nenek moyang kita sampai sekarang dan juga masa depan. Ini
hakikatnya. Semua pihak haruslah berusaha untuk menjadikan dan
melahirkan pemikir matematik yang mempunyai keupayaan analitikal yang
baik.
No comments:
Post a Comment