
Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik
menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga
boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian
malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan
ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang
utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut
taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik.
Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan
berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu
apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia
zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.
Alangkah
huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia
ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu.
Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.
Menyedari
betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat
yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam
kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya
kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah
mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita
gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.
Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia.
Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan
baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran
yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton.
Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi
pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan
minda manusia.
Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif.
Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan
berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik
ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi
seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna
kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
Betapa
pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian
kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara.
Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan
kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan
keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah
bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan.
Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma
seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan
berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga
menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan
menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.
Kejuruteraan
merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan
tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan
teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan
keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio,
komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang
kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan
pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang
kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik
iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam
kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu
yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu
fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu.
Contoh
penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan
trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan
pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk
mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan
elektrik.
Bidang kedoktoran juga
memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira
dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran
untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan
matematik.
Dalam bidang sains seperti kimia
dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan
untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk
mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.
Statistik
juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik
digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya
manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara
yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada
matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik
dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan
ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.
Matematik
juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk
menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang
modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.
Teks ini adalah hasil nukilan Saudara Saifulazrulchelah (CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK)
http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK.html
No comments:
Post a Comment