Sedarkah kita bila wujudnya matematik? Tiada jawapan yang jelas dapat
diberikan oleh setiap orang. Setiap orang akan memberikan jawapan yang
berbeza jika soalan seperti itu diajukan kepadanya. Tetapi apa yang
jelas di sini adalah, matematik mempunyai banyak peranannya dalam
kehidupan seharian kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat
menikmati hidup yang berteknologi tinggi seperti sekarang. Ada pendapat
yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk memodelkan
dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan
isu sosial, dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan
seharian. Ini boleh disimpulkan bahawa aplikasi matematik sangat
diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari
matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati kehidupan d
dunia ini. Sebagai contoh, kita boleh mengaplikasikan matematik dalam
bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian, dan sebagainya.
Sukan
Tennis ‘vs’ matematik?? Pernahkah anda tahu permainan tennis ada
kaitannya dengan matematik? Terdapat pelbagai formula dan model
matematik yang digunakan untuk menguasai permainan tennis. Contohnya
pengaplikasian vektor, kebarangkalian, arithmetik, model “Markov chain”
dan sebagainya. Segala penerangan lanjut tentang kaitannya akan anda
perolehi dalam edisi seterusnya.
Ketenteraan
“Operational Research” (Kajian
Penyelidikan)? Apa itu “Operational Research” (Kajian Penyelidikan)?
“Operational Research” (Kajian Penyelidikan) adalah salah satu cabang
matematik. “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) mula wujud sejak
awal Perang Dunia ke-2, dimana ia digunakan sebagai “alat” untuk
menyelesaikan masalah ketenteraan, seperti masalah pengangkutan,
penggunaan senjata yang berkesan, menyiasat penyusunan semula
bahan-bahan yang musnah dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang ini,
penggunaan “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) telah meluas
pada bidang cari gali sumber bumi, kawalan barangan import dan eksport,
organisasi produk input dan output bagi syarikat serta banyak lagi.
“Operational Research” (Kajian Penyelidikan) semakin meluas kerana
penggunaannya yang berkesan dan bersistem, iaitu mempunyai pelbagai
langkah serta kaedah.
Kesenian
Pernahkah anda fikir bahawa kesenian
adalah subset kepada matematik? Mengapa dan dimana bukti bahawa kesenian
itu merupakan subset kepada matematik? Hakikatnya wujud hasil-hasil
seni yang terbina daripada matematik.Contohnya seni bina, seni lukis dan
lain-lain.
No comments:
Post a Comment