LINUS:
Literacy And Numeracy Screening
National Key
Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan
numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program
ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah
rendah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah
dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan
nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Program LINUS – Numerasi:
Operasi asas matematik digubal
khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa
mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat
memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam
membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran
matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.
Rasional Program LINUS:
Masalah murid yang tidak mempunayi masalah pembelajaran
yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi
sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
Antaranya:
Program KIA2M
untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
Program pemulihan
untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah
masing-masing.
Program Pemulihan
Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
PROTIM selepas
UPSR.
KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu
dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan
seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang
tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran
dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan
kerjaya.
Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah:
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC,
SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu:
Saringan 1 (Mac), Saringan 2, (Jun), Saringan 3 (September).
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1
untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap
tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan
Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwibahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang akan
dilaksanakan di semua sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
SK Kepayan akan memulakan program LINUS bermula minggu hadapan.
Perihal Program:
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan
bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah menjelang 2012.
Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun
1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi
masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Matlamat :
Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas
berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik)
selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.
Literasi = celik huruf
Numerasi = celik nombor
Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran
dalam modul yang kami tulis)
Definisi Literasi
Literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan
memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan
kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran
serta komunikasi harian .
Objektif Program
Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian
Literasi , murid dapat:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup.
ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata
terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran
iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan
ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung.
Pendekatan Program LINUS menggunakan pendekatan belajar
membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Murid belajar mengenai
huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Memperkenalkan
huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis. Guru terus mula
mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa
mengajar huruf a-z. Murid
mengenali huruf dalam kemahiran menulis .
No comments:
Post a Comment