Saturday 31 August 2013

Sejarah Ahli Matematik

Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. Berikut merupakan nama-nama besar dalam dunia matematik :




1. Pythagoras ( 569 BC – 475 BC )
Pythagoras hidup dalam zaman 500's BC, dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. Pengikut-pengikut setia beliau bergelar ‘Brotherhood of Pythagoreans’, terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati / tulin, di mana mereka tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka, kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. Mereka berambut panjang, berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam.

Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Menurut mereka, muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar.  

Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri, tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa, disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. Mereka menemui nombor bukan nisbah (irrational numbers)!




2. Euclid ( 325 BC – 265 B)
Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria, Mesir untuk beberapa ketika. Tiada didapati gambar beliau di mana-mana. Ada yang berpendapat kewujudan beliau diragui. Kemungkinan nama Euclid diada-adakan sahaja. Walaubagaimana pun, Euclid (atau mereka yang menggelarkan diri mereka Euclid) hidup dalam masa 300 BC. Beliau ( atau mereka ) belajar di Akademi Plato di Athens, di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana.

Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau, Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). Pada asasnya, segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid, terutamanya 'The Elements'.
Hari ini, kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik, garisan dan bentuk-bentuk. Kemudiannya, beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan, berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan, begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah, Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun, sehingga ke abad 20.


3. Liu Hui ( 220 – 280 AD ) 
Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu. Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap ‘Nine Chapters’ pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu, lebih kurang 263 AD. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik, bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan, soal selidik, urusan jual-beli dan urusan cukai. Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations), dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik ‘differential and integral calculus’.

 

4. Brahmagupta ( 598 – 670 AD ) 
Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik, di mana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua, penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. 
Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini.  Seorang penulis pada zaman itu, Bhaksara II, menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani, yang bermaksud, "mutiara di kalangan ahli matematik” (the gem in the circle of mathematicians).



5. Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi ( 780 – 850 AD ) 
Beliau merupakan ahli matematik, astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia  sekitar tahun 770. Nama keluarga beliau adalah Khwarizm dan merupakan keturunan Magus, paderi Zoroaster. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi, namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli matematik Arab.
 
Buku terkenal beliau adalah ‘Hisab al-jabr w'al mugabalah’ di mana nama ‘algebra’ diperolehi. Tajuk itu kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud "the science of reunion and reduction." Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan linear dan persamaan kuadratik. Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang ilmu algebra sekarang. 
Hari ini, manusia menggunakan algoritma untuk mengira hasiltambah dan pembahagian cara panjang, di mana prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh Al-Khawarizmi sejak 2000 tahun dahulu. Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan nombor-nombor Arab kepada Negara Barat, yang kemudiannya membawa kepada perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar.
Al-Khwarizmi juga seorang ahli astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi. 

6. Blaise Pascal ( 1623 – 1662 )
 Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand, Perancis pada 19 Jun 1623.  Pada awal kerjayanya
dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran, yang disebut teorem Pascal. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian, yang masih digunakan dalam matematik hari ini,  jadual Aktuaria, teori fizik dan statistik sosial. Dalam hal penemuan, beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri
meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. Kemudian,ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu.
Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman kita tentang prinsip sains (hukum Pascal), yang menyatakan bahawa cecair menekan sama (tekanan) ke semua  arah.
Blaise Pascal meninggal dunia di Perancis pada 1662 pada usia 39.
 

7. Johann Friedrich Carl Gauss ( 1777 – 1855 )
Lahir pada 30 April 1777, Johann adalah satu-satunya anak yang lahir bagi pasangan Gebhard Dietrich, seorang pekerja dan peniaga, dengan Dorothea Benze Gauss, 
seorang pelayan. Seorang yang bijak dalam aritmetik, ia menambah semua integer 
daripada satu hingga 100 dengan menambah mereka dalam pasangan. 
Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101 dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya. dan menjumlahkan semua menjadi 5050.

Didapati formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan semasa zaman Pythagoras.
Gauss menyumbang kepada dunia matematik tulen dan matematik gunaan sehingga ke abad 20. Kajian beliau tentang algebra dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian, topologi dan analisis vektor. Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat mengukur trigonometri, sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya. Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi, optik, mekanik dan sebagainya.



Georg Cantor ( 1845 – 1918 ) Georg Ferdinand Ludwig Philipp Cantor dilahirkan pada 3  Mac 1845, di St. Petersburg, Russia, merupakan anak pertama kepada the Georg Woldemar Cantor dan Maria Böhm. Semasa masih muda, beliau jelas menunjukkan bakat matematik. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli matematik tetapi bapanya lebih suka beliau menjadi seorang jurutera.  Beliau menghadiri beberapa buah sekolah kejuruteraan, termasuklah Gymnasium di Wiesbaden dan  Kolej Teknikal di Darmstadt pada tahun 1860. Cantor akhirnya menerima persetujuan ibubapanya untuk mempelajari matematik pada 1862. 

8. Georg Cantor menghasilkan banyak idea yang mempengaruhi dunia matematik pada abad ke 20. Di antara sumbangan hebat beliau adalah memperkenalkan idea infiniti, sebuah inovasi yang meletakkan beliau sebagai pengasas dan pencipta teori set. Sumbangan beliau dihargai penuh oleh ahli matematik terkemuka, David Hilbert, yang mengatakan bahawa, "Cantor has created a paradise from which no one shall expel us." Selain daripada sebagai pengasas teori set, Cantor juga menyumbang kepada analisis klasik. Dalam pada itu, beliau juga membuat kerja-kerja inovasi terhadap nombor nyata dan merupakan orang pertama memberi makna  kepada nombor bukan nisbah menerusi susunan nombor-nombor nisbah.

No comments:

Post a Comment