Kehidupan
kita berkait rapat dengan matematik. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti
pergi bercuti, membeli makanan, merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya
memerlukan kemahiran matematik asas.
Matematik
melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. Pengetahuan dalam
matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan
kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau
kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik..
Matematik
juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan
berbentuk Penyelesaian Masalah. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap
dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan..
Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah berjaya membaca / menyelesaikan
kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang Dunia Kedua.
Selain
itu, matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi
dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh, penciptaan sistem nombor binari
menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Kemajuan dalam matematik juga
memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains.
Kemajuan
dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan
tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the building
of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”, telah
memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik
yang baru, tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan. (Mok,
2005).
|
No comments:
Post a Comment