Setiap budaya di muka bumi
ini mengamalkan matematik. Dalam kes-kes tertentu, matematik disebarkan
daripada satu budaya ke budaya yang lain. Matematik dikatakan bermula di Mesir
Purba dan Babylonia, kemudiannya berkembang ke Greece. Penulisan matematik
dalam Greek Purba diterjemahkan kepada bahasa Arab. Pada masa yang sama,
matematik di India diterjemahkan kepada bahasa Arab. Kemudian, kebanyakan
daripadanya diterjemahkan kepada bahasa Latin dan digunapakai di Eropah Barat.
Selepas beberapa ratus tahun, matematik tersebut berkembang dan digunakan di
seluruh dunia.
Negara China, selatan India dan Jepun juga
mengamalkan matematik yang agak menarik untuk dikaji, tetapi ianya tidak
mendatangkan kesan yang signifikan terhadap matematik yang diamalkan sedunia
sekarang.
Sejarah Perkembangan Matematik
Sejarah perkembangan
Matematik boleh dibahagikan kepada 4 peringkat :
1. Peringkat Pertama ( sebelum 400 SM )
Bermula
dari masa manusia menggunakan tanda atau simbol untuk membilang hingga
tokoh-tokoh matematik Yunani menemui sistem teori matematik yang pertama.
2. Peringkat Kedua ( 400 SM – 1700 TM )
Merupakan
perkembangan aritmetik, geometri, algebra dan trigonometri ke tahap yang
mantap, menjadi satu sistem yang sempurna.
3. Peringkat Ketiga ( 1700 TM – 1900 TM )
Peringkat perkembangan matematik tradisi
ke peringkat perubahan dan penemuan. Pada tahap ini, banyak bidang, teori dan
hukum baru ditemui dan didemonstrasikan oleh tokoh-tokoh matematik khasnya dari
negara-negara barat. Antara bidang matematik yang baru ditemui ialah geometri
koordinat, kalkulus dan rumus-rumus kalkulus.
4. Peringkat Keempat ( 1900 TM - kini )
Dikenali sebagai peringkat moden,
merupakan peringkat perkembangan matematik daripada konkrit kepada abstrak. Dalam
tempoh ini, teori-teori baru ditemui oleh tokoh-tokoh matematik untuk digunakan
dalam bidang sains teknologi, ekonomi dan sosiologi. Di antaranya adalah
kebarangkalian, teori set, teori nombor, penaakulan mantik dan logik.
Dalam pada itu, sejarah Matematik juga boleh
dilihat dalam 6 peringkat kronologi seperti di bawah :
Babylonian,
Egyptian and Native American Periods (3000 BC - 601 BC)
Matematik pada masa ini sangat praktikal dan
digunakan semasa pembinaan, pengukuran, mencatat rekod dan penciptaan kalendar.
Sistem pernomboran mereka mempunyai nilai tempat dengan asas 60. Mereka tidak
mempunyai simbol 0 tetapi boleh mewakili pecahan, kuasa dua, punca kuasa dua
dan punca kuasa tiga.. Asas 60 ini membawa kepada pembahagian bulatan kepada
360 bahagian yang sama besar yang kini dikenali sebagai darjah (degree). Setiap
darjah kemudiannya dibahagi kepada 60 bahagian iaitu minit. Seorang ahli
astronomi Greek, Ptolemy menggunakan sistem ini untuk menghasilkan minit, saat
dan sukatan darjah yang digunakan sekarang.
Orang-orang
Mesir merekacipta cara mereka sendiri untuk menulis, dikenali hieroglyphics (tulisan mesir purba kala)
dan sistem pernomboran ini berbentuk gambar-gambar. Mereka mengukur menggunakan
kaedah yang unik iaitu meregangkan tali. Unit asas yang digunakan oeh
orang-orang Mesir untuk mengukur panjang
adalah ‘kubit’, di mana jaraknya adalah dari siku seseorang sehingga kepada
hujung jari hantu. Mereka mempunyai rumus bagi luas bulatan dan isipadu bagi
kubus, kotak, silinder dan sebagainya. Mereka mengetahui bahawa tahun solar
adalah lebih kurang 365 hari.
Greek,
Roman and Chinese Periods (600 BC - 499 AD)
Tamadun Greek memberi kesan besar kepada
sejarah Matematik. Mereka mempunyai sistem pernomboran sendiri. Mereka
mempunyai pecahan dan beberapa nombor bukan nisbah ( irrational numbers ),
terutamanya π. Sumbangan besar orang-orang Greek adalah Euclid’s Elements and Apollonius’ Conic Sections. Salah seorang
daripada tiga ahli matematik yang hebat sepanjang zaman adalah Archimedes
(287-212 B.C.) Beliau merekacipta
beberapa alat dan senjata ketenteraan. Diberitakan bahawa Archimedes berjaya
mencipta cara untuk menguji penurunan nilai bagi ketulan emas.
Walaupun kaum Roman menguasai dunia, namun
sumbangan mereka terhadap matematik tidak banyak. Sumbangan mereka hanyalah
nombor Roman dan pecahan adalah berdasarkan sistem duodecimal (asas 12). Mutu kalendar dipertingkatkan dan mereka menetapkan idea-idea tentang tahun lompat setiap empat tahun.
Hindu
and Arabian Period (AD 500 - 1199)
Tamadun Hindu sebenarnya bermula pada 2000 BC tetapi mengikut rekod matematik ianya daripada 800 BC sehingga AD 200. Pada abad ketiga, simbol Brahmi iaitu 1, 2, 3, ..., 9 adalah signifikan sebab bagi setiap nombor, ada simbol tersendiri.Tiada nombor sifar atau tanda kedudukan pada masa itu, tetapi menjelang AD 600 orang-orang Hindu menggunakan simbol-simbol Brahmi bersama tanda kedudukan (positional notation). Mereka mempunyai pengetahuan yang baik dalam algebra. Mereka mengetahui bahawa persamaan kuadratik mempunyai dua penyelesaian / jawaban dan mereka juga pandai menganggar nilai π.
Salah seorang berbangsa Arab, Omar Khayyam banyak menggunakan nombor bukan nisbah dan ini bertentangan dengan pendapat orang-orang Greek berkenaan nombor. Perkataan Algebra diilhamkan oleh orang-orang Arab di dalam buku yang ditulis oleh seorang angkasawan yang bernama Mohammed ibn Musa al Khwarizmi. Buku itu berjudul “Al-jabr w’al muqabala”. Al Khwarizmi berjaya menyelesaikan persamaan kuadratik dan beliau mengetahui bahawa terdapat dua nilai / jawaban kepada persamaan tersebut. Dalam pada itu, beliau juga menerangkan jawaban dalam bentuk geometri.
Transition Period (1200 – 1599)
Matematik pada Zaman Pertengahan adalah dalam keadaan 'transitional’ di antara tamadun awal dengan zaman Renaissance. Pada awal 1400an ‘the Black Death’ membunuh lebih daripada 70% daripada penduduk Eropah. Jangkamasa antara 1400 and 1600 dikenali sebagai Renaissance, telah menukar pemikiran penduduk Eropah kepada pemikiran berteraskan Matematik. Edisi bercetak yang pertama berkenaan “Euclid’s Elements” dalam bahasa Latin diterbitkan pada tahun 1482. Perkembangan terhebat pada masa itu adalah penemuan teori astronomi oleh Nicolaus Copernicus dan Johannes Kepler. Walaubagaimanapun, tiada penemuan baru yang signifikan berlaku pada masa ini.
Century
of Enlightenment (1600 – 1699)
Perkembangan
bijak pandai, dalam teknologi dan pengetahuan berlaku pada masa ini. Antara
sumbangan yang hebat adalah seperti
v Segitiga
Pascal (Blaise Pascal),
v Logik
(Gottfried Leibniz),
v Penaakulan
Deduktif ( Galileo Galilei),
v Alat
Mengira (Johan Napier),
v Simbol
“ ÷” (John Wallis),
v Penggunaan
titik perpuluhan (Kepler and Napier),
v Nombor
Perdana (Fermat),
v Huruf-huruf
untuk Angkubah / Anu (Rene Descartes),
v Teori
Kebarangkalian permulaan (Blaise Pascal) dan
v Bahagian
/ Rentasan Konik (Rene Descartes).
Early Modern Period (1700 – 1899)
Tempoh
ini menandakan permulaan kepada matematik moden. Terdapat experimentasi dan
formulasi idea berlaku pada masa ini. Sejarah menunjukkan bahawa matematik yang
kita pelajari semasa di sekolah menengah adalah dihasilkan pada masa ini. Di
antara topik-topik yang terlibat adalah :
- Boolean algebra (George Boole),
- Formal Logic (Bertrand Russel),
- Principia Mathematica (Alfred North Whitehead),
- logical proof (Charles Dodgson),
- probability, calculus and complex numbers (Abraham de Moivre),
- number theory (Leonhard Euler),
- connection between probability and π (Compte de Buffon),
- calculus and number theory ( Lagrange),
- non-Euclidean Geometry ( Johann Lambert ) dan sistem Metrik direkacipta.
Modern Period (1900 – sekarang )
Tempoh masa ini merangkumi semua penemuan pada abad yang lalu. Diantara penemuan matematik adalah:
- Twenty-Three famous problems (Hilbert),
- Analytic Number Theory (Hardy and Ramanujan),
- General theory of relativity (Einstein),
- Algebra (Emmy Noether),
- Godel’s Theorem, komputer elektronik yang pertama
- Game Theory (John von Neumann),
- Continuum Hypothesis (Cohen),
- Development of BASIC ( John Kemeny, Thomas Kurtz), personal computer Apple II, dan sebagainya.
ada senarai rujukan tak ? terima kasih
ReplyDelete